Oleh kerana filem in berbahasa Malayisa, jadi saya mengambil peluang ini untuk mengulas filem ini dalam bahasa Malaysia!
Filem ini mengisahkan Boboiboy dan kawan-kawan yang terpaksa mengemara ke pulau terapung untuk menyelamatkan Ochobot daripada digunakan oleh sekumpulan makhluk asing baru yang ingin mencari sfera kuasa(Klamkabot) dan menggunakan kuasanya untuk melakukan kejahatan.
Terus terang saya katakan bahwa saya tidak mempunyai banyak harapan bagi filem ini meskipun ramai yang berpuas hati setelah menontonnya. Sebagai pengikut animasi Boboiboy dari musim pertama lagi, saya sangat berpuas hati dengan filem ini dan saya rasa semua yang saya mahukan telahpun tercapai hanya dengan menonton filem ini.Jlaan cerita yang mudah tetapi menarik membuatkan filem ini snagat senang untuk disukai. Filem ini penuh dengan komedi dan aksi yang mendebarkan. Filem ini mempunyai nisbah komedi dan aksi yang sempurna. Pengarah, Nizam Razak, menggunakan elemen seperti 'slow-motion' dengan baik bagi meningkatkan mutu babak-babak aksi. Karakter-karakter juga digunakan sepenuhnya dan tiada satupun karakter yang tidak berguna untuk plot. Pembinaan karekter juga kelihatan lagi-lagi dengan karekter Ochobot, Jika anda peminat Boboiboy, anda pasti akan 2 kali lebih menghargai semua yang ditunjukkan dalam filem ini.
Walaupun saya sangat berpuas hati, namun ada beberapa isu yang perlu saya sampaikan. Isu yang perlu saya ketengahkan adalah masalah pada perceritaan. Walaupun jalan cerita menarik, tetapi ada sesetengah bahagian yang sepatutnya dilaksanakan dengan lebih baik. Ada juga ketika yang saya rasakan bahawa musik larat tidak bersesuaian denagan babak berkenaan. Perkara ini membuatkan saya hilang tumpuan buat sementara kerana pada saya, pilihan musik amat penting untuk membuatkan penonton lebih mendalami sesuatu babak berkenaan. Grafik filem ini memuaskan tetapi masih ada sedikit bahagian yang kurang baik mutunya. Masih terlalu jauh untuk mencapai tahap Hollywood tetapi masih cemerlang bagi studio baharu dengan filem pertamanya.
Jika anda rasa anda telah menonton filem ini hanya dengan 'trailer' sahaja, anda salah. Banyak lagi perkara yang masih anda perlu ketahui hanya dengan menonton filem ini. Saya cadangkan anda untuk menonton siri animasi Boboiboy dahulu sebelum menonton filem ini. Tetapi, jika tidak mahu, anda boleh terus sahaja menonton filem ini. Saya menggredkan filem ini dengan 'A-' ataupun 8/10. Silalah menonton beramai-ramai. Sokong filem tempatan.
No comments:
Post a Comment